Monday, 17 December 2012

Durian Crepe Madness

Demam. Demam. Demam. Durian. Demam Durian Crepe. Hoh! Kami di Kuching, Sarawak pun tak ketinggalan meraikan demam durian crepe. Ramai yang mencari-cari durian crepe di Kuching, dan bagi yang tak tau lagi aku dan hubby pun ade wat durian crepe. Hehe. Boleh visit page kitorang kat www.facebook.com/duriancrepekuching untuk wat tempahan. Penghantaran percuma untuk yang di kawasan Kuching SAHAJA.








Senang Naik, Susah Turun

Salam kesihatan untuk dunia.

Senang nak naik, susah nak turun. Betul. Berat badan memang senang nak naik, dan susah nak turun. Tapi lain pula halnya dengan orang yang terlalu kurus dan ingin naik berat badan sebab badannya takde shape. Membosankan. Lurus je macam tiang, kata sesetengah orang. Orang yang terlalu kurus memang terbalik situasinya, mereka lebih senang hilang berat badan berbanding nak naik berat badan. Kes ini dialami sendiri oleh suami saya, berbesen nasi dimakan, telur berbijik-bijik setiap hari tapi tak jugak naik berat badan. Tapi apabila dia mula mengamalkan pengambilan whey protein Formula 3 Herbalife segalanya berubah. Berat dia naik sehingga 10kg dalam masa sebulan sahaja! Dan yang penting mesti ada senaman juga katanya. Saya lihat sendiri setiap pagi dia buat weightlifting untuk timbulkan muscle (kali ni yang ketul2 punya) kat bahagian lengan terutamanya dan bahagian perut dengan sit up dan sebagainya. Macam-macam term yang saya tak pernah dengar sebelum ni seperti 'wing', 'rip' dan entah apa kebendanya lagi.

Realiti kami memang berbeza, saya jenis yang cepat naik berat badan dan suami saya pula jenis yang susah nak naik berat - jadi kami tak boleh makan makanan yang sama dalam jumlah yang sama. Cuma satu benda yang kami makan bersama setiap hari - Herbalife Shakes! Satu minuman untuk semua. Bukan saja untuk menurunkan berat badan seperti yang disalah tafsir oleh sesetengah orang, malah untuk menaikkan berat badan dan mengekalkan berat badan. Tak cuba tak tahu. Tak tanya tak tahu.

Dan kalau berminat nak tahu dan nak cuba boleh hubungi kami. Kami sedia untuk membantu anda!

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Turun 11kg dalam 3 Bulan!


Salam kesihatan untuk dunia. 

Sebelum Herbalife

Lihatlah gambar seorang perempuan yang comel dan gebu di atas sana. Itu lah 'Si A' pada Julai 2010 yang lepas. Lepas menatap gambar sendiri yang diambil oleh kawannya, dia berkata 'Tak cukup gemuk lagi ke aku ni? Ke aku nak lebih gemuk lagi dari ni?" I have to do something! Begitulah azam 'Si A' pada dirinya. Kebetulan kawan lama satu sekolah dengannya dulu adalah pengedar produk Herbalife. 'Si A' memang pernah dengar pasal Herbalife ni tapi tak pernah cuba. Kebetulan bulan Ogos adalah bulan puasa, 'Si A' pun memulakan puasa pertamanya dengan Herbalife. Sahur dengan Herbalife Shake memang berbeza, lapar ada lah sikit (biasalah puasa mestilah lapar), tapi badan lebih bertenaga berbanding bersahur dengan nasi. Berbuka puasa pula 'Si A' melantak nasik dan kuih muih macam biasa. Seminggu dah berlalu, tiba lah masa 'Si A' berjumpa Personal Wellness Coach nya untuk update berat badannya. Wow! 3 kg turun dalam seminggu. Selama ni pun 'Si A' berpuasa tapi tak pernah turun berat pun. Dan minggu ke-2, 'Si A' sudah tidak lagi mengalami kekejangan otot semasa tidur seperti yg dialaminya sekian lama. Alhamdulillah, bagus betul lah Herbalife ni, bukan saja turun berat tapi cramp pun dah hilang. Malah masalah gastrik yang kadang-kadang melanda kalau perut dibiarkan kosong lebih 2 jam juga tidak berlaku lagi. Setelah 3 bulan berlalu, 'Si A' turun 11 kg berat badan dan viseral fat 8 ke 6. Dan yang paling best sekali, dulu hampir setiap bulan 'Si A' ke klinik kerana demam. Namun kini sudah lebih setahun mengamalkan Herbalife Shake, baru 2 kali 'Si A' ke klinik kerana demam. Jimat duit, kata 'Si A'.

Siapakah 'Si A'? Itu lah Aisyah. Seorang fresh graduate dalam bidang Bioperubatan, yang memilih Herbalife sebagai karier nya (dan menolak tawaran2 kerja lain) kerana jatuh hati pada hasil produk yg kini mengubah hidupnya ke tahap yang lebih baik dari segi kesihatan dan keyakinan diri.

Selepas Herbalife

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Jangan Takut Minum Air!


Salam kesihatan untuk dunia. 

Pernah kah anda mendengar nasihat dari seorang kawan mengatakan jangan minum air, takut nanti jadi gemuk air? Ramai yang gemuk bertambah gemuk kerana 'takut' nak minum air banyak kerana taknak gemuk air. Dan ramai yang ke slimming centre yang diberi nasihat 'jangan minum banyak air' dan dikeluarkan air dari badan dengan pelbagai cara (dan dilarang pula minum banyak air). AZ tak berani lah nak salahkan mana-mana pihak sebab itu cara masing-masing untuk turun berat, tak kisah lah kesannya macam mana janji kurus kan. Itu terpulang pada individu masing-masing. Tapi di sini AZ nak kongsikan sedikit ilmu tentang AIR yang AZ pernah pelajari dan sangat ditekankan untuk turun berat badan dengan cara yang sihat. Tapi perlu diingat kepentingan air ni untuk kesihatan seluruhnya bukan hanya untuk kes turun berat.

Minum banyak air sangat penting untuk mengekalkan berat badan ideal dan untuk diet yang seimbang. Air memainkan peranan penting untuk membantu badan kita memproses nutrien, mengekalkan peredaran darah yang normal dan menyeimbangkan kandungan cecair dalam badan.

Setiap kali lepas bersenam, kita digalakkan minum 2 gelas air (segelas 8 oz) untuk menggantikan air yang kita hilang semasa bersenam. Tapi kalau masa bersenam kita dah rasa haus, tak payah tunggu sampai selesai bersenam baru nak minum, malah masa bersenam tu kita boleh bawa botol air sport tu untuk minum bila perlu. Ada sesetengah orang suka minum jus buah dan air gas bila haus, tapi itu bukan pilihan terbaik sebab kandungan gula dan kalori yang tinggi. Kalau masa nak turun berat atau nak maintain berat, air kosong adalah pilihan yang terbaik untuk ganti air yang hilang dari badan kita. 

60% badan kita adalah terdiri daripada air.

Secara umumnya kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari (segelas 8 oz). Tapi kalau bersenam, kena minum lebih banyak air sebab kita banyak berpeluh. Kalau tak pun, sentiasa peka dengan naluri kita, kalau rasa haus je, minum air. Dan panduan yang selalu AZ bagi pada pelanggan AZ ialah 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan kita. Contoh kalau berat badan 75kg, kena minum 3 liter air sehari. 

Jadi, jangan takut untuk minum air. Lebih banyak anda minum, lebih cepat berat badan kita turun. Kalau nak tahu bagaimana cara untuk turun berat badan dengan cara yang sihat, boleh hubungi AZ melalui borang yang telah disediakan di bahagian bawah blog ini. InsyaAllah AZ akan hubungi anda dengan segera.

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Coach dan Diet Anda


Salam kesihatan untuk dunia.

Saudara saudari yang cantik hensem dan mementingkan kesihatan sekalian, apa pun misi anda ketika ini (nak turun berat, nak naik berat atau nak perbaiki kesihatan) percaya atau tidak anda memerlukan seseorang untuk menemani anda sepanjang perjuangan anda. Orang itu bukan kawan baik anda, bukan adik atau abang atau kakak anda, bukan juga ibu bapa anda. Orang yang terbaik untuk menjalankan tugas ini adalah COACH anda.

Coach (bukan jenama beg yang gelemer tu), atau dalam Herbalife kami diberi tugas sebagai Personal Wellness Coach untuk memantau perkembangan pelanggan yang dah membeli produk. Dan dalam kes anda yang nak diet cara sendiri (bukan dgn produk Herbalife) coach ni kena upah la kot. AZ pun tak pasti mana ada supplier coach ni. Tak tau la berapa bayaran diorang.

Inilah career AZ. Sebati.


Contohnya situasi anda adalah untuk turunkan berat. Kalau lah yang memantau anda ialah kawan baik anda, bayangkanlah kalau anda nak curi-curi makan coklat lemak berkrim di antara masa sarapan dan makan tengahari (biasanya pukul 10pagi masa orang suka minum2 kat kedai kopi) agaknya kalau anda pujuk kawan baik anda untuk benarkan anda makan coklat tu dia akan benarkan atau tidak? Lebih-lebih lagi jika anda berjanji padanya ini adalah yang pertama dan terakhir. Kemungkinan besar kawan baik anda itu akan benarkan sebab kesian katanya. Tapi kalau seorang coach yang tegas dan mementingkan misi anda, dia tidak akan memberi peluang tu. Bukan lah maksudnya tak boleh makan langsung makanan kegemaran anda. Tapi tugas sebagai coach ni mereka mesti lah tegas dan fokus pada misi anda iaitu untuk turunkan berat. Dan yang paling penting, seorang coach mesti lah ada ilmu yang cukup tentang cara-cara nak turunkan berat. Lebih baik lagi kalau coach itu sendiri pernah mengalami keadaan itu (turunkan berat badan) dan pernah mengaplikasikan apa yang dia mahu anda buat, pada dirinya sendiri. Jangan ketam yang berjalan senget nak mengajar anaknya berjalan lurus pulak. Begitu lah perumpamaannya. Sebab itu dalam Herbalife, AZ diberi kursus-kursus oleh pakar yang berpengalaman, bukan sekadar arif pasal produk semata-mata. Dan yang paling penting, semua kami (Pengedar Bebas Herbalife) pernah (kebanyakannya masih dan seumur hidup) menggunakan produk dan mendapat hasil yang kami sendiri rasai.

Selain tu, coach anda haruslah mengingatkan anda bila masa anda bermula, bila harinya anda harus menimbang berat badan (atau mengukur lilit pinggang) untuk melihat perubahan hasil usaha anda, dan adakah target anda dapat dicapai dalam tempoh yang anda ingini. Biasalah kan, kita kan banyak benda nak ingat. Sampai terlupa "eh, berapa lama dah aku diet ni", rasa macam dah berkurun lamanya rupa-rupanya baru 3 hari. Sebagai orang yang dicoach kan oleh coach anda (tak tahu apa term nya), anda kena lah hormat coach anda. Hormat bukan maksudnya sujud sembah cium tangan camtu. Contohnya kalau coach cakap camni camtu, jangan la pulak anda cakap "Ehhh... kau ni banyak cakap pulak. Tak payah la nak mengajar aku.", padahal memang tugas coach tu untuk mengajar anda apa yang dia tahu (yang biasanya anda memang tak tahu) untuk kebaikan anda jugak. Kalau tak bersedia untuk dicoaching kan, tak payah la ambik coach (membazir je kena bayar gaji pulak), coach la diri sendiri tengok kalau anda boleh tegas dan ingatkan diri sendiri (try depan cermin) sebab tak berdisiplin. Eh, emosi pulak.Terlebih sudah. Haha.

Sebenarnya bukan senang nak jadi coach ni, sebab mereka kena tegas dan fokus pada matlamat pelanggan. Lebih-lebih lagi kalau orang tu jenis yang ego dan tak suka diajar. Mereka nak pelanggan berjaya dan tak rugi bayar harga mahal beli produk (dalam kes AZ, produk Herbalife), tapi ada sesetengahnya tak nak bertanggungjawab atas matlamat yang mereka dah set sendiri. Fikir-fikirkanlah kenapa orang lain pulak yang beria-ia nak membantu anda sehingga sanggup dimarahi sebab anda rimas diingatkan selalu, sedangkan anda sendiri tak bersungguh-sungguh untuk kebaikan diri anda sendiri!

Jom kita daki gunung kejayaan itu bersama!


JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Protein Haiwan VS Protein Tumbuhan


Salam kesihatan untuk dunia.

Topik yang lepas AZ berkongsi sedikit ilmu pasal apa yang AZ tahu tentang kepentingan protein dan bagaimana protein membantu kita turunkan berat. Kali ni AZ nak kupaskan (macam kupas kulit epal kot) tentang tajuk seperti yang tertera di atas. Sebagai orang yang menjaga kesihatan seperti anda, kita kena elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Jadi pemilihan protein mestilah sihat jugak. Kita ada pilihan untuk memilih sumber protein yang rendah lemak terutamanya lemak tepu (saturated fat).

Contoh sumber protein yang sihat (kebanyakannya dari sumber tumbuhan) termasuklah kacang soya, kekacang dan gandum penuh (betul ke translation whole grain ni). Sumber protein yang disebutkan tadi tu boleh membekalkan protein tanpa lemak tepu yang berlebihan, dan dalam masa yang sama tinggi fiber (supaya senang nak melunaskan hajat) dan mikronutrien jugak.

Kalau nak ambil protein sumber dari haiwan pun boleh jugak tapi pastikan jangan la banyak lemak dari protein pulak. Contohnya ayam, memang ada protein tapi tengoklah dulu macam mana ayam tu, berlemak berkulit atau isi sahaja. Sebab tu kalau nak makan ayam, ambil part dada yang banyak isi dan kurang lemak walaupun banyak orang tak suka sebab tak berapa sedap. Banyak orang suka part kepak yang penuh dengan kulit dan lemak sebab rasanya yang memang berlemak krim digemari ramai. Buktinya ramai yang berBBQ dengan kepak ayam, dan bukan isi dada ayam. Cara masakan pun memainkan peranan, kalau nak protein dari ayam dan kita dah gunakan isi dada ayam yang kurang berlemak perhatikan pula cara masakannya. Kalau boleh pilih lah cara masakan rebus atau stim yang tidak menggunakan minyak. Jangan pula pilih masakan bergoreng atau yang bertakung minyak dalam kuahnya, yang menggunakan santan yang rasanya sungguh berlemak krim itu. Memang sedap, tapi setiap yang masuk ke mulut anda akan menghasilkan sesuatu di pinggang anda. Kesannya pasti ada.


Protein ada, lemak pun ada. Sedap dipandang mata.


Haa.. kalau nak senang cari sumber protein dari tumbuhan, pilih la produk Herbalife Shake yang tinggi protein. Dah la berkualiti tinggi, dari soya yang company tanam sendiri supaya senang nak kekalkan kualiti produk. Selain tu, shake ni berkalori rendah. Boleh minum sampai 5 kali sehari pun takpe. Tapi bergantung pada keperluan badan anda. Sebab tu company tak jual produk ni sembarangan di kedai-kedai sebab kena ada coach yang memantau dan guide anda untuk gunakan produk dengan cara yang betul, bergantung kepada apa misi anda. Nak turun berat, nak tambah berat atau nak mengekalkan berat ke, atau untuk tujuan kesihatan.

Shake dengan pelbagai perisa. Nyum2.

Semoga perkongsian AZ kali ni dapat membantu anda memilih diet dengan cara sihat tanpa menyakitkan badan anda. Berhati-hati lah kalau nak pilih cara kuruskan badan, jangan sampai memudaratkan diri. Sayangi diri anda. Pilihan ada di tangan anda.

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Turun Berat Dengan Protein


Salam kesihatan untuk dunia.

Haa... Inilah saat yang ditunggu-tunggu. AZ pun tak sabar tunggu topik ni. Tak sabar nak belajar manage berat badan dengan bahan semulajadi iaitu protein. High-protein diet ni sangat popular dikalangan mereka yang nak turunkan berat badan. Kadang-kadang ada juga yang tak tahu kenapa kena ambil protein, main ikut je tips dari kawan-kawan yang kononnya dah berjaya turun berat badan. Jangan ikut membabi-buta je saudara saudari, kita kena tahu apa yang kita buat dan kenapa kita kena buat. Jadi kali ni AZ nak berkongsi sedikit ilmu yang dah dipelajari dalam Herbalife, yang AZ sendiri dah aplikasikan dan selalu kongsikan dengan pelanggan-pelanggan AZ.

Diet tinggi protein terkenal sebab kemampuan untuk protein ni bantu kita kurangkan rasa lapar. Bila kita makan makanan bersumberkan protein, protein yang dah diserap badan akan hantar signal ke otak bagitau camni "ok, saya dah kenyang". Kira camtu la. Tapi ada jugak pil pelangsing di pasaran yang mengandungi sejenis dadah yang sama kesannya (malah lebih kuat dan ekstrem) macam protein untuk kurangkan rasa lapar. Yang ni bukan  natural dah. Kita nak yang natural dan sihat ok. Pilihan terbaik ialah protein.

Selain tu, protein boleh tingkatkan tahap metabolisma kita dengan meningkatkan jisim otot. Apa itu tahap metabolisma? Ohh.. Itu dah masuk topik lain. InsyaAllah nanti AZ akan kongsikan jugak pada masa akan datang. Banyak sangat info nanti bercelaru pulak. Satu satu ye. Ok. Kat mana tadi kita?
Protein boleh tingkatkan tahap metabolisma dengan meningkatkan jisim otot. Otot penting untuk bantu pembakaran kalori dalam badan kita. Jadi otot yang hebat boleh bakar banyak kalori dan bakar lemak-lemak yang berlebihan itu.

Protein juga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah dan insulin dalam badan kita. Ini mungkin orang yang ada masalah kencing manis dan tahap gula yang selalu tinggi lebih tahu macam mana rasanya bila gula tinggi dalam darah. Tapi yang paling penting, sumber protein ni ada yang baik dan ada yang kurang baik bila diambil berlebihan. Kebanyakan kita suka ambil protein dari sumber haiwan dan bukan protein tumbuhan.

Topik selepas ni AZ akan share tentang sumber protein iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan, yang mana lebih baik dan sesuai untuk kita turunkan berat.

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!

Kepentingan Protein

Salam kesihatan untuk dunia.

P.R.O.T.E.I.N. Kalau anda ada boyfriend atau kawan yang suka menerjah gym utk bina otot ketul2 tu mungkin sangat familiar dengan perkataan ni. Kalau selalu customer AZ tanya "apa pentingnya protein ni?" Untuk bina muscle (otot). "Tapi saya taknak badan ketul2, saya nak kurus je." Untuk pengetahuan saudari, otot tu bukanlah yang ketul2 itu maksudnya. Dan protein ni sangatlah penting untuk sel-sel dalam badan kita. Kira makanan ruji dia lah, macam kita makan nasik jugak hari2. Kan kesian kat badan kita kalau tak dapat makanan dia. Kelaparan beb.. Tanpa protein, sel-sel dalam badan kita tak dapat dibina. Contohnya bila luka, macam mana badan kita nak repair luka2 tu tanpa protein? Memang banyak sangat fungsi penting protein dalam badan kita. Kekurangan protein boleh menyebabkan jisim otot kita berkurangan, melemahkan sistem imun badan kita. Malah sistem jantung dan pernafasan kita jugak akan terganggu.

Kebanyakan produk di pasaran sekarang menekankan kepentingan protein dalam diet. Tapi kepentingan protein ni bukanlah semata-mata untuk turunkan berat, naikkan berat atau untuk maintain berat (atau nak badan yang ketul-ketul) tapi lebih penting dari itu. Macam yg AZ bagitau kat atas nun tadi, protein ni membina sel-sel dalam badan kita, atau lebih tepat lagi membina sebuah kehidupan.

Ini yang AZ guna untuk sumber protein harian.

Dah tau dah kenapa protein tu penting kan? Jadi next time AZ akan share pasal macam mana PROTEIN boleh bantu kita dalam menguruskan berat badan. Bukan mengKURUSkan berat badan, tapi mengurus (menaikkan, menurunkan atau me'maintain'kan) berat badan ke tahap ideal (berat sesuai dengan ketinggian).

JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!



Langit Kita Sama Biru - Post 4


Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Kampung Telaga Air, Jalan Matang.



Pemandangan di Esplanade Telaga Air









Antara kemudahan di sekitar Esplanade



Langit Kita Sama Biru - Post 3


Malam tadi saya dan suami, dan adik lelaki saya cari tempat untuk makan malam. Maka terlintaslah di fikiran saya nak makan di sebuah kedai yang saya gelar 'Kedai Lambat' sebab servisnya memang sangat lambat memandangkan sebelum ini sudah 3 kali makan di situ dan seperti biasa makanan hanya akan sampai setengah jam selepas membuat pesanan. Malam ni nak cuba nasib pulak. Mana tau servis dah improve kot.

8.46 mlm - Sampai di kedai dan cari tempat duduk. 
8.51 mlm - Pelayan ambik order.

Sementara menunggu kami tengok TV dan tengok orang sekeliling makan. Macam sedap je. Tapi memang setiap kali makan kat sini makanannya memang tak mengecewakan. Boleh tahan. Pelanggan makin ramai yang datang. Meja kat kedai pun hampir penuh.

9.00 mlm - Air sampai. Milo Shake, Teh Peng (Ais), Teh Tarik. OK. Sedap. Tapi kenapa gelasnya makin kecik.


 Kami pun tengok TV sementara tunggu makanan sampai. Berita TV3 dah habis. Bila makanan nak sampai agaknya. Lapar. Adik lelaki saya mula kegelisahan menahan perut. Ini kali pertama dia makan kat kat sini. Kami tengok meja di belakang yang tiba lebih awal daripada kami. Makanan dorang pun belum sampai. Takpa lah. Diorang lagi lama tunggu. Sabarrrr.

9.22 mlm - Pesanan adik saya sampai. Nasi Goreng Ayam Kunyit.
9.24 mlm - Pesanan saya dan suami sampai. Telur Bistik Ayam, Sup Daging dan Nasi Putih.
9.40 mlm - Habis Makan dahh.



Sedap. Tapi bila 'mood' mula hilang sebab menunggu, selera makan dah tertutup. Sedap macam mana pun tak dapat mengubat hati. Kami makan tapi dalam keadaan hati menyesali keputusan memilih kedai ini untuk makan malam hari ni.

Kami merungut dan membebel sendiri dalam hati semasa menuju ke tempat letak kereta. Taknak lah makan kat 'Kedai Lambat' lagi. Tapi mungkin saya akan ke sini lagi sebab teringatkan Telur Bistik Ayam nya. Mungkin saya akan makan sedikit dulu sebelum ke 'Kedai Lambat' lagi lepas ni. Dan pastikan saya tak ada sebarang temujanji atau aktiviti sejam selepas tu sebab memang confirm memakan masa setengah jam kalau makan kat 'Kedai Lambat'.

No problem!

Langit Kita Sama Biru - Post 2


Hari ni saya berada di kampung ayah, cuti-cuti buat sendiri. Pusing-pusing sekeliling rumah tengok tanaman yang makin lama makin pelbagai jenis, hampir semua mak yang tanam. Kata orang 'tangan hijau' asal tanam je mesti menjadi. Dan memandangkan hobinya juga berkebun maka menjadilah taman yang menghijau di sekeliling rumah kami. Pantang tengok tanah kosong pasti ada saja yang nak ditanam, habis tanah buat pulak tanaman pasu gantung terutamanya orkid. Saya kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil tadi. 

Cuba teka apa nama tanaman-tanaman ni!







Langit Kita Sama Biru - Post 1


Langit Sama Biru jadi nama blog pilihan sebab saya sedar setiap kali melangkah ke suatu tempat baru walau beribu kilometer jauh dari kampung halaman, satu persamaan yang saya lihat ialah langitnya yang sama. Berasal dari kampung, membesar di bandar, belajar di bandar dan berkahwin dengan lelaki dari sebuah kampung. Terasa seolah-olah kembali ke tempat asal setelah bertahun-tahun melihat hiruk pikuk kota. Semuanya berbeza, tapi langitnya tetap SAMA! Itulah keindahan ciptaan Allah.


Sejak kecil lagi saya dan keluarga sering berpindah randah memandangkan ibu bapa saya ialah pendidik, sekejap ke sekolah di pedalaman, di kampung, dan di bandar. Saya bersekolah rendah di empat buah sekolah (dalam masa 6 tahun) dan mujurlah duduk di asrama di sekolah menengah jadi jumlahnya menurun sedikit, 2 buah. Berasal dari Sarawak, 3 tahun bersekolah rendah di Serdang, pernah dimasukkan di sekolah asrama penuh di Cyberjaya, menyambung pendidikan di kolej di Labuan, seterusnya menyambung ijazah di Shah Alam. Akhirnya saya kembali ke kampung halaman dan membina keluarga di sini. 

Belum habis menjelajah semua negeri di Malaysia. Saya cuma pernah ke Sabah, Labuan, KL, Perak, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Luar negara cuma pernah ke Bangkok, Thailand. Tapi insyaAllah saya akan kongsikan segala pengalaman yang ada, dan akan bertambah lagi insyaAllah.



Walau kita semua berjauhan, dongaklah ke atas dan kita akan melihat langit yang sama!

Mencari Diri

Nama ROSKALASZ mengingatkan aku tentang siapa aku 10 tahun yang lalu, umur aku 15 tahun kot. Aku suka guna nama ni untuk chatting & apa2 yang melibatkan dunia maya. Tahun demi tahun aku tukar nama macam2 bergantung dengan mood aku masa tu. Dunia maya ni maklumlah boleh menyamar jadi sesapa pun, so berhati-hati lah dengan siapa yang korang tengah chatting/facebooking tu. 
Kebetulan hari ni aku belek2 blog kawan2 dan cuba taip nama roskalasz.blogspot, oh nampaknya belum berpunya. Mungkin dah ditakdirkan untuk aku kot. Haha. :p

10 tahun. Wow! Macam2 benda dah berlaku dalam hidup aku. 10 tahun lepas aku 'crush' kat sorang classmate time Form3 la kot. Crush je bukan cintan cintun okeh. Mak aku dah warning awal2 kat kitorang adik beradik DILARANG BERCINTA MASA SEKOLAH, kalau mak tau dia akan suruh kitorang berhenti sekolah dan kahwin teross! Ugutan berbisa tu. Sapa nak kahwin awal? Masih nak main pondok2 lagi time tu kot. Memang takde yang berani ingkar arahan. OK. Kat mana tadi? Crush giler2 ngan classmate sendiri sampai la aku jumpa crush ke-2, crush ke-3 dan seterusnya yg tak terhitung banyaknya. Sampai aku pun tak ingat dah sape dorang. 

Bercinta yang serius sekali je. Yang takrius banyak kali kot. Pastu clash. Pastu aku jumpa dgn husband aku sekarang. Kenal bulan Mei 2011, tak sempat bercinta, bulan Julai 2011 dah kahwin. Sekarang belum ada anak lagi. Pernah mengandung tapi keguguran. Teringin jugak tengok orang lain dah ada anak, tapi takleh nak stress sangat fikir pasal tu. Kadang-kadang aku dan hubby melawak untuk tenangkan hati sendiri, 'Dah pernah mengandung, maknanya dua2 subur la. Orang lain mengandung pun tak pernah. Tu tak tau la subur ke tak. Haha. Cuma belum rezeki lagi.' 

Hidup 10 tahun lepas dengan hari ini terlalu banyak bezanya. Dan banyak lagi perkara yang aku nak terokai dalam hidup ini dan bersedia untuk hidup alam seterusnya. Yang pasti aku masih mencari siapa diri aku yg sebenar, memperbaiki diri dan membangunkan diri. Berdiri di atas kaki sendiri. Banyaknya ri-ri. Kang jadi biri-biri pulakkk. OK. Merepek.

Bye.