Malam tadi saya dan suami, dan adik lelaki saya cari tempat untuk makan malam. Maka terlintaslah di fikiran saya nak makan di sebuah kedai yang saya gelar 'Kedai Lambat' sebab servisnya memang sangat lambat memandangkan sebelum ini sudah 3 kali makan di situ dan seperti biasa makanan hanya akan sampai setengah jam selepas membuat pesanan. Malam ni nak cuba nasib pulak. Mana tau servis dah improve kot.
8.46 mlm - Sampai di kedai dan cari tempat duduk.
8.51 mlm - Pelayan ambik order.
Sementara menunggu kami tengok TV dan tengok orang sekeliling makan. Macam sedap je. Tapi memang setiap kali makan kat sini makanannya memang tak mengecewakan. Boleh tahan. Pelanggan makin ramai yang datang. Meja kat kedai pun hampir penuh.
9.00 mlm - Air sampai. Milo Shake, Teh Peng (Ais), Teh Tarik. OK. Sedap. Tapi kenapa gelasnya makin kecik.
Kami pun tengok TV sementara tunggu makanan sampai. Berita TV3 dah habis. Bila makanan nak sampai agaknya. Lapar. Adik lelaki saya mula kegelisahan menahan perut. Ini kali pertama dia makan kat kat sini. Kami tengok meja di belakang yang tiba lebih awal daripada kami. Makanan dorang pun belum sampai. Takpa lah. Diorang lagi lama tunggu. Sabarrrr.
9.22 mlm - Pesanan adik saya sampai. Nasi Goreng Ayam Kunyit.
9.24 mlm - Pesanan saya dan suami sampai. Telur Bistik Ayam, Sup Daging dan Nasi Putih.
9.40 mlm - Habis Makan dahh.
Sedap. Tapi bila 'mood' mula hilang sebab menunggu, selera makan dah tertutup. Sedap macam mana pun tak dapat mengubat hati. Kami makan tapi dalam keadaan hati menyesali keputusan memilih kedai ini untuk makan malam hari ni.
Kami merungut dan membebel sendiri dalam hati semasa menuju ke tempat letak kereta. Taknak lah makan kat 'Kedai Lambat' lagi. Tapi mungkin saya akan ke sini lagi sebab teringatkan Telur Bistik Ayam nya. Mungkin saya akan makan sedikit dulu sebelum ke 'Kedai Lambat' lagi lepas ni. Dan pastikan saya tak ada sebarang temujanji atau aktiviti sejam selepas tu sebab memang confirm memakan masa setengah jam kalau makan kat 'Kedai Lambat'.
No problem!
No comments:
Post a Comment