Monday, 17 December 2012
Turun Berat Dengan Protein
Salam kesihatan untuk dunia.
Haa... Inilah saat yang ditunggu-tunggu. AZ pun tak sabar tunggu topik ni. Tak sabar nak belajar manage berat badan dengan bahan semulajadi iaitu protein. High-protein diet ni sangat popular dikalangan mereka yang nak turunkan berat badan. Kadang-kadang ada juga yang tak tahu kenapa kena ambil protein, main ikut je tips dari kawan-kawan yang kononnya dah berjaya turun berat badan. Jangan ikut membabi-buta je saudara saudari, kita kena tahu apa yang kita buat dan kenapa kita kena buat. Jadi kali ni AZ nak berkongsi sedikit ilmu yang dah dipelajari dalam Herbalife, yang AZ sendiri dah aplikasikan dan selalu kongsikan dengan pelanggan-pelanggan AZ.
Diet tinggi protein terkenal sebab kemampuan untuk protein ni bantu kita kurangkan rasa lapar. Bila kita makan makanan bersumberkan protein, protein yang dah diserap badan akan hantar signal ke otak bagitau camni "ok, saya dah kenyang". Kira camtu la. Tapi ada jugak pil pelangsing di pasaran yang mengandungi sejenis dadah yang sama kesannya (malah lebih kuat dan ekstrem) macam protein untuk kurangkan rasa lapar. Yang ni bukan natural dah. Kita nak yang natural dan sihat ok. Pilihan terbaik ialah protein.
Selain tu, protein boleh tingkatkan tahap metabolisma kita dengan meningkatkan jisim otot. Apa itu tahap metabolisma? Ohh.. Itu dah masuk topik lain. InsyaAllah nanti AZ akan kongsikan jugak pada masa akan datang. Banyak sangat info nanti bercelaru pulak. Satu satu ye. Ok. Kat mana tadi kita?
Protein boleh tingkatkan tahap metabolisma dengan meningkatkan jisim otot. Otot penting untuk bantu pembakaran kalori dalam badan kita. Jadi otot yang hebat boleh bakar banyak kalori dan bakar lemak-lemak yang berlebihan itu.
Protein juga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah dan insulin dalam badan kita. Ini mungkin orang yang ada masalah kencing manis dan tahap gula yang selalu tinggi lebih tahu macam mana rasanya bila gula tinggi dalam darah. Tapi yang paling penting, sumber protein ni ada yang baik dan ada yang kurang baik bila diambil berlebihan. Kebanyakan kita suka ambil protein dari sumber haiwan dan bukan protein tumbuhan.
Topik selepas ni AZ akan share tentang sumber protein iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan, yang mana lebih baik dan sesuai untuk kita turunkan berat.
JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment