Salam kesihatan untuk dunia.
Sebelum Herbalife |
Lihatlah gambar seorang perempuan yang comel dan gebu di atas sana. Itu lah 'Si A' pada Julai 2010 yang lepas. Lepas menatap gambar sendiri yang diambil oleh kawannya, dia berkata 'Tak cukup gemuk lagi ke aku ni? Ke aku nak lebih gemuk lagi dari ni?" I have to do something! Begitulah azam 'Si A' pada dirinya. Kebetulan kawan lama satu sekolah dengannya dulu adalah pengedar produk Herbalife. 'Si A' memang pernah dengar pasal Herbalife ni tapi tak pernah cuba. Kebetulan bulan Ogos adalah bulan puasa, 'Si A' pun memulakan puasa pertamanya dengan Herbalife. Sahur dengan Herbalife Shake memang berbeza, lapar ada lah sikit (biasalah puasa mestilah lapar), tapi badan lebih bertenaga berbanding bersahur dengan nasi. Berbuka puasa pula 'Si A' melantak nasik dan kuih muih macam biasa. Seminggu dah berlalu, tiba lah masa 'Si A' berjumpa Personal Wellness Coach nya untuk update berat badannya. Wow! 3 kg turun dalam seminggu. Selama ni pun 'Si A' berpuasa tapi tak pernah turun berat pun. Dan minggu ke-2, 'Si A' sudah tidak lagi mengalami kekejangan otot semasa tidur seperti yg dialaminya sekian lama. Alhamdulillah, bagus betul lah Herbalife ni, bukan saja turun berat tapi cramp pun dah hilang. Malah masalah gastrik yang kadang-kadang melanda kalau perut dibiarkan kosong lebih 2 jam juga tidak berlaku lagi. Setelah 3 bulan berlalu, 'Si A' turun 11 kg berat badan dan viseral fat 8 ke 6. Dan yang paling best sekali, dulu hampir setiap bulan 'Si A' ke klinik kerana demam. Namun kini sudah lebih setahun mengamalkan Herbalife Shake, baru 2 kali 'Si A' ke klinik kerana demam. Jimat duit, kata 'Si A'.
Siapakah 'Si A'? Itu lah Aisyah. Seorang fresh graduate dalam bidang Bioperubatan, yang memilih Herbalife sebagai karier nya (dan menolak tawaran2 kerja lain) kerana jatuh hati pada hasil produk yg kini mengubah hidupnya ke tahap yang lebih baik dari segi kesihatan dan keyakinan diri.
Selepas Herbalife |
JOM SEHAT DAN TAMPIL CHANTEK!
No comments:
Post a Comment